Tentang IPIMA

Pengenalan

Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara pengeluar utama kelapa sawit, getah dan koko di dunia. Kedua-dua negara ini mengeluarkan hampir 90% daripada pengeluaran kelapa sawit dunia, dan menyumbang 32% daripada jumlah minyak dan lemak dunia. Dengan hampir 240 juta penduduk beragama Islam (14% daripada masyarakat Islam dunia), kedua-dua negara turut memiliki kekuatan untuk menerajui pasaran produk halal dunia. Kesepakatan dan kerjasama antara kedua-dua negara ini amat penting untuk mentransformasikan sektor pertanian, mengurangkan persaingan, dan meningkatkan daya saing di arena global ke arah mengukuhkan kelestarian serta kesejahteraan komuniti.

Ikatan Profesor Indonesia-Malaysia (IPIMA) yang terdiri daripada Asosiasi Profesor Indonesia (API) dan Majlis Profesor Negara, Malaysia (MPN) telah mengadakan Forum IPIMA 2013 pada 18-19 November 2013 di Bogor yang membincangkan isu dan cabaran sektor pertanian kedua-dua negara. Susulan daripada forum ini, perwakilan API dan Kluster Pertanian dan Makanan, MPN telah bersetuju untuk – membincangkan pelan tindakan ke atas resolusi Forum IPIMA 2013. Untuk tujuan ini, satu forum yang diberi nama Forum Pertanian IPIMA 2017 akan dianjurkan untuk membincang serta menyarankan idea dan strategi untuk faedah bersama dalam industri pertanian dan makanan.

Objektif IPIMA

  • Untuk mencadangkan beberapa agenda transformasi dan pembaharuan melalui penghasilan pelan tindakan kearah kelestarian dan kesejahteraan komuniti pertanian serantau
  • Untuk berkongsi ilmu pengetahuan, dapatan penyelidikan, analisis polisi dan pengalaman pelaksanaan polisi di antara kedua negara

Program

Program terbahagi kepada dua komponen, iaitu:

1.  Perbincangan Dua Hala mengenai pelan tindakan ke atas resolusi Forum IPIMA 1 dengan tema strategik seperti berikut :

  • Menjadi pusat kecemerlangan pertanian tropika melalui R&D dan penerbitan saintifik
  • Menggunakan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran dan sekuriti makanan
  • Perkongsian ilmu dan sumber dalam bidang ICT, sekuriti makanan, bioteknologi, biodiversiti dan biotinjauan
  • Menjadikan Indonesia-Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam makanan dan produk halal
  • Pembangunan sumber manusia dalam pertanian
  • Pengurusan sumber asli yang cekap dan lestari
  • Meningkatkan peranan sektor swasta dalam pertanian

2. Pembentangan kertas kerja lisan dan poster dalam bidang pertanian meliputi skop seperti berikut:

  • perdagangan pertanian
  • sekuriti makanan
  • keselamatan makanan
  • cabaran perubahan cuaca ke atas pertanian
  • ICT dan pertanian
  • pembangunan pekebun
  • pembangunan koperasi pertanian
  • pertanian perladangan
  • tanaman makanan
  • ternakan
  • pertanian dan alam sekitar
  • teknologi/bioteknologi pertanian
  • akuakultur
  • perikanan
  • penyakit dan makhluk perosak
  • ekonomi dan perniagaan
  • kos pengeluaran pertanian/akuakultur
  • dasar/polisi pertanian/perikanan.

[Wow-Modal-Windows id=1]