Sertai IPIMA

Penyertaan

Terbuka kepada pensyarah dan pelajar daripada institusi pendidikan tinggi Malaysia-Indonesia, penjawat awam di kementerian, jabatan, agensi kerajaan kedua-dua negara, ahli korporat, wakil industri, syarikat swasta, dan badan bukan kerajaan Malaysia-Indonesia.

Panduan Kepada Pengarang

Pembentang kertas kerja sama ada dalam bentuk lisan dan/atau poster dikehendaki menghantar abstrak panjang (extended abstract) tidak melebihi 3 halaman. Abstrak hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu menggunakan format Word, fon Arial, bersaiz 12 dan berlangkau satu. Abstrak panjang hendaklah dihantar melalui emel kepada klusterpertanianmpn@gmail.com sebelum 12 Oktober 2017.